" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, July 11, 2014

Bantu Palestin dengan doa dan derma - Ahmad Fadh


KOTA BHARU: Lebih 1,000 rakyat Kelantan hadir pada himpunan membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Medan Ilmu hari ini.

Sempena itu juga, satu pelancaran tabung kemanusian dilancarkan bagi membantu rakyat negara itu yang sedang berdepan serangan Israel.

Majlis berkenaan dilancarkan selepas kuliah Jumaat sesi kedua yang disampaikan Anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pagi ini.

Program berkenaan dilancarkan berikutan kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin sejak beberapa hari lalu sehingga mengorbankan hampir 100 umat Islam setakat ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketenangan dan ketenteraman bulan Ramadan bumi Gaza kini telah dihancurkan oleh tentera yahudi laknatullah.

“Kita tenteram dan aman di sini, dapat menikmati ibadat Ramadan dengan baik, namun pada masa yang sama saudara kita di Gaza dalam kesempitan dan kesengsaraan akibat angkaran Israel dan sekutunya,”ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, bom yang dilontar yahudi menjadi juadah berbuka mereka.

“Kita di sini boleh membantu mereka dengan cara menghulurkan derma, berdoa untuk umat Islam di seluruh negara, Palastine khusunya,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Cakna Palestin, Ustaz  Wan Syarafi Wan Mustapha memberitahu, enam hari berturut-turut saudara Islam di Gaza diserang.

Katanya, kehebatan rakyat Palestin bertarung nyawa dalam mempertahankan Palestin sepatutnya dibangga khususnya untuk mempertahankan Baitul Maqdis.

“Jihad mereka adalah jihad kita. Jangan hanya menjadikan diri kita  seorang yang  cintakan ibadat, tapi tiada keinginan untuk berjihad.

“Kita perlu ingat, pada bulan Ramadan, Allah memberikan kemenangan kepada Rasulullah di dalam peperangan Badar,” ujarnya.

Oleh itu katanya lagi, umat Islam seharusnya bersama membantu saudara di Palestin dengan cara menyalurkan sumbangan kepada mereka.

Beliau juga menyeru agar rakyat Kelantan mempertahankan agama Islam, dan mengahancurkan kerajaan yahudi, serta bermunajat kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada orang Islam di seluruh dunia. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111